Presiden China, Xi Jinping mahu usaha dipergiat untuk menambah baik sistem tadbir urus Parti Komunis China (PKC) secara komprehensif dan ketat.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC membuat penekanan itu semasa mempengerusikan sesi pembelajaran kolektif kali ke-15 Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti, pada petang Khamis.

Xi berkata adalah perlu untuk menggunakan fikiran sistematik dan kaedah saintifik untuk mempromosikan tadbir urus dan pengurusan Parti, selain menambah baik sistem tadbir urus Parti secara komprehensif dan ketat dengan elemen lengkap, fungsi lengkap, piawaian saintifik, dan operasi cekap.

PKC akan menyambut hari ulang tahun ke-103 beberapa hari nanti.

Xi turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat sejahtera dan mogaan baik kepada seluruh anggota Parti. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here