Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach membalas surat daripada Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong pada 25 Jun, menzahirkan penghargaan atas ucapan tahniah CMG sempena sambutan Hari Olimpik 2024.

Beliau berharap dapat berganding tangan dengan badan media peringkat kebangsaan China ini untuk mendorong Sukan Olimpik Paris mencapai kejayaan.

“Dalam jangka masa yang panjang, CMG telah memainkan peranan yang luar biasa dalam membawakan keajaiban Sukan Olimpik kepada penonton China dan dunia.

“Inilah sebabnya saya mengucapkan terima kasih kepada sumbangan CMG terhadap Gerakan Olimpik. 

“Selain itu, saya penuh yakin penyiaran (CMG tentang Sukan Olimpik Paris) pasti akan mencapai kejayaan,” kata Bach. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here