BEIJING, 30 Jun – China pada Sabtu mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu.

Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana alam di beberapa kawasan yang terjejas.

Beberapa kawasan di Anhui, Jiangsu, Hubei, Hunan, Jiangxi dan Guizhou dijangka mengalami hujan lebat, manakala beberapa kawasan lagi dijangka menerima taburan hujan sehingga 280 milimeter dalam tempoh 24 jam sehingga 2 petang Ahad, menurut ramalan Pusat Meteorologi Kebangsaan.

Agensi cuaca negara itu juga mengeluarkan amaran biru (tahap amaran terendah) di pelbagai wilayah lain termasuk Beijing, Hebei, Inner Mongolia, Hubei, Anhui dan Jiangsu.

Agensi meteorologi tertinggi negara dan Kementerian Sumber Asli memberi amaran bahawa terdapat risiko bencana alam di beberapa kawasan di Anhui dan Hubei,  manakala sebahagian wilayah Zhejiang, Jiangxi, Henan, Hunan dan Guizhou juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here