BANGKOK, 30 Jun – Rakyat Thailand yang memohon visa e-Pelancongan ke India akan diberikan pengecualian yuran visa 30 hari, bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand menyatakan bahawa kerajaan India telah mengumumkan pengecualian yuran visa e-Pelancongan bagi pemilik pasport Thailand biasa untuk mempromosikan pelancongan.

“Di bawah skim ini, pelancong Thailand boleh melawat India selama 30 hari dengan dua kemasukan tanpa perlu membayar yuran visa,” katanya.

Kementerian itu berkata visa e-Pelancongan masih perlu dimohon terlebih dahulu di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html.

Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia pada Sabtu juga mengumumkan bahawa rakyat Malaysia akan diberikan visa e-Pelancongan 30 hari dengan dua kemasukan dan pengecualian yuran untuk tempoh satu tahun, dari 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here