HANOI, 30 Jun – Vietnam berhasrat membina sekurang-kurangnya 10 rangkaian kabel dasar laut baharu menjelang 2030, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 15 dengan kapasiti minimum 350 Tbps.

Sekurang-kurangnya dua daripada kabel baharu ini akan dimiliki Vietnam dan akan berhubung terus ke hab digital serantau.

Inisiatif ini digariskan dalam “Strategi Pembangunan Sistem Kabel Optik Antarabangsa Vietnam sehingga 2030 dengan Visi ke arah 2035,” yang baru sahaja diumumkan oleh Kementerian Maklumat dan Komunikasi.

Menjelang 2027, Vietnam bercadang melancarkan empat laluan baharu, meningkatkan kapasiti keseluruhan kepada sekurang-kurangnya 134 Tbps.

Vietnam akan memastikan bahawa Singapura, Hong Kong (China) dan Jepun kekal sebagai hab digital utama untuk ketersambungan.

Sistem gentian optik antarabangsa adalah komponen penting dalam infrastruktur digital Vietnam dan memerlukan pelaburan besar demi memastikan kapasiti ultra-tinggi, jaringan jalur lebar, keselamatan dan kemampanan.

Infrastruktur ini akan menyediakan asas yang diperlukan untuk beberapa pusat bandar menjadi hab data serantau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here