BEIJING, 1 Julai – Jumlah hantaran pos dan kurier di China direkod melepasi 80 bilion pada separuh pertama tahun 2024, menurut Biro Pos Negara (SPB).

Sektor penghantaran ekspres China menyaksikan perkembangan pesat sejak awal tahun ini dengan jumlah bungkusan yang dikendalikan mencecah 13 bilion secara purata setiap bulan.

Antaranya hantaran purata harian bagi bulan Jun dicatat sebanyak 500 juta, didorong oleh faktor seperti promosi menerusi platform e-dagang dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here