Aktiviti penayangan program Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Astana, Kazakhstan pada Ahad menjelang lawatan Presiden Xi Jinping ke negara itu.

Sempena aktiviti tersebut, lebih sepuluh program unggul terbitan CMG antaranya ‘Encounter with Xi Jinping’ akan disiarkan di media arus perdana tempatan sebagai usaha menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara China dengan Kazakhstan.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan menerusi pautan video berkata tayangan program berkenaan diyakini akan menimbulkan resonans di kalangan penonton Kazakhstan kerana ia bukan sahaja menonjolkan ciri-ciri budaya China, tetapi juga membawa nilai bersama umat manusia.

Beliau turut menzahirkan komitmen CMG memperdalam kerjasama pragmatik dengan media Kazakhstan untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here