WELLINGTON, 1 Julai – Akta Insurans Bencana Alam New Zealand atau Natural Hazards Insurance Act yang berkuat kuasa pada Isnin akan terus melindungi hak pemilik kediaman dalam kejadian bencana alam.

Akta ini akan memastikan pemilik rumah mendapat perlindungan insurans yang boleh dipercayai dan tuntutan dibayar dengan cekap, supaya mereka dapat pulih dan meneruskan kehidupan selepas kejadian itu.

“Malangnya, rakyat New Zealand telah mengalami pelbagai peristiwa buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Timbalan Menteri Kewangan, David Seymour.

Pindaan ini berdasarkan peristiwa seperti gempa bumi Christchurch pada 2010 dan 2011, serta cadangan daripada Siasatan Awam untuk Earthquake Commission (EQC) serta maklum balas yang diberikan daripada pihak yang menuntut, kata Seymour.

Undang-undang baharu ini memperkenalkan beberapa prosedur bagi meningkatkan pengalaman pemilik rumah, termasuk “Code of Insured Persons’ Rights” dan akses kepada perkhidmatan penyelesaian pertikaian bebas.

Hujan lebat dan banjir yang dicetuskan oleh cuaca ekstrem semakin kerap melanda New Zealand sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dalam tempoh dua bulan pertama 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here