MANILA, 2 Julai – Filipina merekodkan 205 kematian akibat denggi dari 1 Jan hingga 15 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Isnin.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh negara, menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa berkata bahawa masih belum terlambat untuk membuat perubahan.

Beliau menggesa kerajaan tempatan untuk mengambil inisiatif memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Pada 29 Mei, biro cuaca mengumumkan permulaan musim hujan di Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here