BEIJING, 2 Julai – Presiden Xi Jinping pada Isnin menitipkan kata-kata galakan supaya golongan belia Amerika Syarikat (AS) menyumbang kepada persahabatan lebih kukuh antara rakyat kedua-dua negara.

Kira-kira 190 pelajar dan guru dari 14 sekolah menengah di tujuh negeri AS dijemput melawat ke China menerusi program ‘Shared Journey of Friendship’.

Xi menyatakan asas hubungan dua negara berakar dalam kalangan rakyat dan masa depan terletak pada golongan belia. Kedinamikannya pula lahir daripada pertukaran dan kerjasama di peringkat setempat.

Beliau berharap pelajar berkenaan dapat lebih mengenali China menerusi program pertukaran itu, di samping merancakkan interaksi dengan golongan belia China sehingga membina persahabatan yang erat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here