Program ‘Classic Quotes by Xi Jinping’ musim ketiga versi bahasa Kazakh terbitan Kumpulan Media China (CMG) mula bersiaran di Astana pada Selasa, sempena ketibaan Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan membuat lawatan rasmi ke Kazakhstan.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev mengucapkan tahniah atas pelancaran program tersebut, yang disiarkan menerusi media arus perdana tempatan.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya pada majlis pelancaran berkata program berkenaan akan membolehkan penonton Kazakhstan lebih memahami China pada masa lampau, kini dan masa depan serta kesungguhan negara Tembok Besar dalam memajukan keamanan dan pembangunan seluruh umat manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here