Aktiviti pertukaran budaya China-Kazakhstan anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Astana pada Selasa, sempena lawatan Presiden Xi Jinping ke negara Asia Tengah itu.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menerusi perutusan tahniah berkata hubungan dua hala yang dibina berasaskan kejiranan baik telah pun mencapai tahap baharu.

Beliau menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif yang berkekalan antara Kazakhstan dengan China semakin diperkukuh, didorong oleh interaksi sesama rakyat serta pertukaran budaya.

Aktiviti berkenaan turut menyaksikan sebuah dokumentari berjudul ‘The Shared Dream’ yang dibikin bersama China dan Kazakhstan bersiaran di media arus perdana mulai 2 Julai.

Presiden CMG Shen Haixiong menzahirkan harapan agar kerjasama pelbagai bidang seperti penayangan dokumentari seumpama dapat membantu meningkatkan komunikasi dan persefahaman dalam kalangan rakyat, serta menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here