ULAN BATOR, 10 Julai – Kerajaan campuran Mongolia yang terbentuk hasil daripada pilihan raya umum baru-baru ini mengangkat sumpah pada pagi Rabu di Istana Negara.

Pengerusi Parti Rakyat Mongolia (MPP) Luvsannamsrai Oyun-Erdene dilantik semula sebagai perdana menteri Mongolia minggu lalu, selepas partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya umum kesembilan yang diadakan pada 28 Jun.

Parti pembangkang iaitu Parti Demokratik (DP) memperoleh 42 kerusi, Parti Hun mendapat lapan kerusi, manakala Civil Will-Green Party dan Gabungan Nasional masing-masing memperoleh empat kerusi.

Pada Isnin, MPP, DP dan Parti Hun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada seorang perdana menteri, 22 menteri dan 16 kementerian.

Daripada jumlah itu, 12 menteri dilantik daripada MPP, lapan menteri daripada DP dan baki dua lagi menteri daripada Parti Hun.

Oyun-Erdene mengekalkan beberapa menteri daripada kerajaannya yang terdahulu, termasuk Menteri Luar Negeri Batmunkh Battsetseg dan Menteri Kewangan Bold Javkhlan.

Ketua DP, Luvsannyam Gantumur dilantik sebagai timbalan perdana menteri pertama dan menteri ekonomi dan pembangunan.

Pemimpin Parti Hun, Togmid Dorjkhand menjawat jawatan timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap perdagangan luar negeri dan pelaburan.

Sementara itu, Sainbuyan Amarsaikhan dilantik semula sebagai timbalan perdana menteri.

Beberapa kementerian telah ditukar nama dan kementerian baharu telah diperkenalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here