BEIJING, 11 Julai – Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Guinea-Bissau, Umaro Sissoco Embalo dalam rundingan yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Rabu, mengumumkan untuk meningkatkan hubungan dua hala ke Perkongsian Strategik.

Xi menyatakan bahawa China bersedia mengintensifkan pertukaran dengan Guinea-Bissau pada semua peringkat, berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara, dan memperkasakan kerjasama dalam bidang pertanian, perlombongan, pembinaan infrastruktur, dan ‘ekonomi biru’ di bawah Inisiatif Jalur dan laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti.

“China akan berusaha bersama dengan negara-negara Afrika termasuk Guinea-Bissau mengamalkan lima prinsip ‘hidup bersama secara damai’, membincangkan rancangan kerjasama China-Afrika pada era baharu, memelihara kepentingan bersama negara-negara membangun serta kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, dan memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang holistik yang merupakan sebahagian dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Xi.

Umaro Sissoco Embalo pula menyatakan, pihaknya menyokong BRI, Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) anjuran Xi, dan bersedia untuk menambah komunikasi dan kerjasama dengan China dalam hal ehwal pelbagai hala untuk menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan pemeteraian sejumlah dokumen kerjasama dua hala dalam bidang pelaksanaan GDI, pembangunan ekonomi, pemeriksaan dan kuarantin kastam, geologi dan perlombongan, dan mengumumkan Kenyataan Bersama berhubung pembentukan perkongsian strategik kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here